Saya, Mohamed Roznan berasal dari kuala kangsar. Semasa dilahirkan, alamat rumah di jalan hogan. Kelahiran kelima bagi ibu. Masa itu bapak (ayah)Mohd Yusoff, berumur 30 tahun. Beliau bekerja sebagai telefonis di Jabatan Telekom Malaysia. Grandpa (Hj. Salleh) was a 'SO' in Perak. Passed away in the year 1951 (tak sempat nak peluk cium). Our home ground at that time was at No 28, Left Old Castle, Ampang Field, KK. Opah, Dewi Anjang passed away at KK (1989). Saya dan keluarga telah melarikan diri ke Segamat ketika usia saya baru pandai berlari (1964). Kekanda saya Mohd Rozlan (R/F 88115) ketika itu berusia 5 tahun. Kekanda perempuan pula berumur 7, 9 dan 11. Rohaya, Laily Rozana dan Laily Rozita. Sebelum keluarga saya dapat dikesan dan diarahkan pulang ke negeri Perak (bandar orang pencen - Taiping), Sultan Johor dan Ketua Pengarah JTM telah menitahkan bapak saya berkhidmat di bandar Muar (juga bandar orang pencen) dari Okto 1972 - April 1974. Di bandar Maharani saya bersekolah di Sek. Sultan Ismail dan Sek. Tinggi Muar. Jln. Joned, Lrg. Ithnin dan Jln. Khalidi adalah tempat tinggal kami, tapi kekanda Rohaya bersekolah di SMSS, Cheras. Emak telah kembali ke rahmatullah pada 27 Okto 1973 bersama 1 Syawal, telah disemadikan di tanah perkuburan Bt. 6 Jln Bakri. Kini emak telah ditemani oleh kekanda Rozlan yang telah menemuinya pada 7 Ogos 2008. Al-Fatihah untuk mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan